awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang pendingin hawa terbakar di Selangor

Amirul Aiman
Amirul Aiman
30/05/2025
03:00 MYT
Gudang pendingin hawa terbakar di Selangor
Sebuah gudang penyimpanan pendingin hawa di kawasan Pantai Seafood Restaurant, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara, Kuala Lumpur, terbakar dalam satu insiden pada pagi Jumaat.
KUALA LUMPUR: Sebuah gudang penyimpanan pendingin hawa di kawasan Pantai Seafood Restaurant, Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara, dekat sini, terbakar dalam satu insiden pada pagi Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara tiba di lokasi lapan minit kemudian.
Menurut Komander Operasi, Muhamad Munir Suieb, kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat kelas A bersaiz 36x150 kaki persegi dan api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 8.30 pagi.
“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan bantuan anggota dari BBP Petaling Jaya, Subang Jaya, Rawang, Bukit Jelutong dan TTDI,” jelas beliau sambil menambah bahawa tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.
Seramai 13 anggota bomba bersama tujuh jentera termasuk dua unit Water Tanker dan dua unit EMRS telah dikerah ke lokasi bagi menjalankan operasi dengan cepat dan berkesan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba dan laporan lanjut akan dikeluarkan sebaik sahaja siasatan selesai.
Topic Berkaitan
#bomba
#gudang
#Pantai Seafood Restaurant
#pendingin hawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan