Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata penggunaan masjid sebagai tempat untuk berkempen atau berpolitik dibimbangi boleh memecahbelahkan umat Islam.
Beliau berkata masjid adalah tempat untuk menyatupadukan umat Islam dan bukan untuk berpolitik kerana tindakan itu juga akan mencemarkan kesucian rumah ibadah berkenaan.
"Bila ada pertemuan dengan jawatan kuasa kariah masjid, saya akan nasihatkan mereka supaya tiada pihak yang datang ke masjid untuk memberi ceramah politik atau kempen kerana tidak mahu ada ia (masjid) di salah guna," katanya ketika diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang berceramah di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang, Selangor baru-baru ini.
Ekoran itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan duka cita terhadap tindakan anggota Parlimen daripada PKR itu.
Wan Salim ditemui pemberita selepas melawat dua beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut akibat kemalangan jalan raya 28 April lepas.
Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, 18 bulan yang cedera parah kedua-dua kaki mereka masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2017
MUfti Perlis mengulas tindakan seorang nggota Parlimen yang berceramah di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang, Selangor baru-baru ini. - Faceb0ok Masjidanurkgmelayu
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Dasar hubungan antara kaum berjaya hasilkan keharmonian di Kelantan
Zamakhshari Muhamad berkata dasar ini dilihat penting untuk memelihara perpaduan, adat resam dan kebajikan rakyat rentas kaum.
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
Elak timbul isu jejas keharmonian kaum di media sosial - Tiong
Sebagai anak Malaysia, kita perlu belajar menjaga keharmonian dan perpaduan kerana itu yang paling utama untuk negara kita.
Jaga keharmonian, berikan sumbangan kepada agama dan negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Tindakan Ahmad Zaharil menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
[KOLUMNIS] Jaga adab tutur kata pelihara keharmonian
Ramai antara kita yang telah melakukan perbuatan yang mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa itu sendiri.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Program Jejak Harmoni dianjur untuk eratkan hubungan penganut agama - Aaron
Program dokumentari harmoni dan lawatan ke rumah ibadat itu bertujuan menyemai semangat keharmonian di dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian - Idris
Peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.