MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan membantu menyediakan tempat penginapan kepada mana-mana pihak atau individu yang terkesan kerana tidak mempunyai visa selain visa haji pada musim ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
Ketegasan disuarakan Ketua Rombongan Haji (KRH) Malaysia 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas beliau menerima notis daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang mahu semua KRH membuat laporan jika ada individu yang didapati melanggar undang-undang tidak memiliki visa haji bagi mengerjakan haji tahun ini.
"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia adalah mesej yang cukup jelas daripada pihak berkuasa Arab Saudi bahawa mereka memandang serius penyalahgunaan visa pelancong untuk tujuan mengerjakan haji, di mana ia adalah salah dari segi undang-undang dan boleh didenda serta diusir.
"Notis yang diterima juga menyebut bahawa, operasi haji sesebuah negara itu boleh terjejas jika ia tidak dipatuhi," katanya semasa ditemui petugas media di Ibu Pejabat TH di Abraj Jenaderiyah, Mekah.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa semakin menghampiri waktu Masyair di mana jemaah akan bergerak untuk ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, pihak berkuasa Arab Saudi mempergiatkan kawalan serta operasi untuk mencari mereka yang tiada permit yang sah untuk mengerjakan haji.
Ini termasuk serbuan ke hotel-hotel penginapan, di dalam bas dan pemeriksaan di tepi-tepi jalan dan kawasan menuju ke Masjidilharam.
"Beberapa sekatan turut dilakukan pihak berkuasa di mana mereka membuat pemeriksaan dengan teliti dokumen-dokumen yang dibawa oleh mereka yang masuk ke Mekah," tambahnya.
Justeru, beliau mengingatkan jemaah haji Malaysia di bawah kendalian TH supaya sentiasa patuh kepada arahan pihak berkuasa Arab Saudi selain bersedia dengan membawa dokumen penting seperti Kad Nusuk Haji, pasport dan tanda nama setiap kali keluar daripada tempat penginapan.
"Kad Nusuk Haji ini akan terus kita edarkan kepada semua jemaah haji Malaysia sehingga semua 31,600 memilikinya dan kita berharap mereka semua menjaganya dengan baik dan sentiasa membawanya semasa membuat pergerakan keluar. Kad Nusuk Haji ini juga tersedia secara digital yang boleh ditunjukkan oleh jemaah kepada pihak berkuasa seandainya tiada kad Nusuk Haji biasa," kata Syed Saleh.
Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan sekatan kemasukan ke Mekah bagi pemegang semua jenis visa pelancong dari 23 Mei hingga 21 Jun depan, tempoh yang bertepatan dengan musim haji bagi tahun ini.
Antara lain, visa pelancong tidak meliputi kelulusan untuk menunaikan haji.
Dalam perkembangan lebih awal, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyebut, pemberian visa umrah melalui aplikasi telefon pintar "Nusuk" ditangguhkan 23 Mei (15 Zulkaedah) hingga 21 Jun (15 Zulhijjah), sekali gus melarang semua kategori pemegang visa pelancong dari memasuki Mekah sepanjang tempoh berkenaan bagi melancarkan persediaan musim haji 1445 Hijrah.
Kementerian itu turut menegaskan, hanya pemegang visa haji sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, serta mengingatkan mengenai pelaksanaan hukuman berat terhadap individu yang ditahan kerana berada di tujuh kawasan yang dikhususkan untuk jemaah haji secara tidak sah.
Langkah-langkah itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memastikan keselamatan jemaah haji yang diberikan kelulusan dan membenarkan mereka untuk menunaikan ibadah dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan penguatkuasaan penalti 10,000 Riyal (SAR10,000) terhadap individu yang memasuki tujuh kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Mekah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
Dalam konteks Malaysia, pada Jumaat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya akan menyiasat kes tiga bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum ini di mana siasatan awal mendapati agensi yang mengendalikan pakej itu gagal menyediakan tiket balik ke Malaysia.
Maklumat pertama yang diperolehi pula mendapati, jemaah terkandas itu, pasangan suami isteri dan seorang wanita dari Sabah, menggunakan visa pelancong.
Media sebelum ini turut mendedahkan 300 bakal haji yang sudah berada di Mekah berdepan situasi kebingungan selepas agensi pengurusan menggunakan visa pelancong.
Azlinariah Abdullah
Sat Jun 01 2024
Syed Saleh mengingatkan jemaah haji Malaysia di bawah kendalian TH supaya sentiasa patuh kepada arahan pihak berkuasa Arab Saudi. - Foto fail/BERNAMA
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.