awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Bernama
Bernama
03/06/2017
10:48 MYT
Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru-guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu terutama di kawasan pedalaman. - Foto Fail
Guru baharu yang dihantar untuk mengajar di Sabah dan Sarawak dinasihatkan supaya tidak membuat pemohonan pertukaran ke Semenanjung sekurang-kurangnya sehingga jawatan mereka itu disahkan terlebih dahulu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru-guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu terutama di kawasan pedalaman.
"Guru baharu yang dihantar ke sana janganlah duduk setahun lepas itu hendak balik. Sekurang-kurangnya duduk tiga, empat tahun dahulu.
"Jangan menangis dulu dalam tempoh setahun itu. Ambil peluang yang diberi ini untuk timba pengalaman dan rasai keseronokan duduk di kawasan pendalaman," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Mahdzir telah melawat dan memberi sumbangan kepada dua penerima di Kampung Padang Bakong, di sini, yang menghidap penyakit angin ahmar dan sakit tua.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai lambakan pemohonan 'guru duka lara' yang memohon untuk membuat pertukaran pulang ke negeri masing-masing.
Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini telah meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes 'guru duka lara' daripada 6,636 pemohonan bagi tempoh Jan hingga Jun tahun ini.
"Pertukaran memang boleh dibuat tetapi ia perlu mengikut peraturan dan jumlah yang memohon juga banyak sebab itu proses pertukaran akan mengambil masa sedikit.
"Kita juga perlu lihat jumlah bakal guru yang akan keluar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam bagi memastikan jumlah yang pulang dan dihantar adalah sama," katanya.
Mahdzir berkata sebanyak dua lagi pertukaran 'guru duka lara' akan dilakukan pada bulan Oktober dan Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#Malaysia
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan