awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2023
08:09 MYT
Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Fadhlina berkata guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu. - Fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia diikuti oleh guru Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah dengan jumlah keseluruhan seramai 6,890 pegawai.
“Berdasarkan rekod KPM, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu iaitu 2,862, Bahasa Inggeris (1,146) dan Matematik (1,015).
“Ia diikuti guru Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483). Bagi tahun 2023, kelulusan permohonan bersara pilihan masih dalam pertimbangan pihak agensi pusat,” katanya menerusi teks jawapan lisan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Parlimen pada Isnin.
Fadhlina berkata demikian bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (Jasin-PN) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik permohonan bersara pilihan dalam kalangan PPP secara perbandingan mengikut bidang kepakaran (opsyen) daripada tahun 2021 hingga 2023. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#guru bersara awal
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan