awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru berdepan empat tuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki

Bernama
Bernama
04/09/2024
13:50 MYT
Guru berdepan empat tuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun. - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun.
Mohd Hamdi Hanafi, 47, didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah kereta di Jalan Pantai Sura dan di sebuah rumah di Dungun, masing-masing pada 3 dan 10 Ogos 2023.
Guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah menengah di sini itu berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Pertuduhan turut dibacakan bersama Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan kerana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.
Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan mangsa sepanjang perbicaraan serta melapor diri ke balai polis pada setiap bulan dan menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noradila Ab Latif manakala Mohd Hamdi diwakili peguam Afiq Aziz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru lelaki
#amang seksual
#pelajar lelaki
#Mohd Hamdi Hanafi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan