MALAYSIA
Guru besar ditahan lagi disyaki lakukan amang seksual

Suspek kini direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan amang seksual sekali lagi ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama di Kuala Nerus di sini, pada Februari lepas.
Ringkasan AI
- Seorang guru besar sekolah pondok ditahan semula kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki 14 tahun di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Nerus pada Februari lalu.
- Suspek berusia 46 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes seksual dan penganiayaan kanak-kanak; kini direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
- Sebelum ini, suspek mengaku tidak bersalah atas tujuh tuduhan amang seksual dan memiliki gambar lucah melibatkan pelajar lelaki antara Jun hingga Ogos 2024.
Azli berkata suspek yang memiliki rekod jenayah lampau kes seksual dan penganiayaan terhadap kanak-kanak ditahan reman lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pada Khamis lepas, lelaki itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tujuh tuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah yang didakwa dilakukan sejak Jun 2024 hingga Ogos lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami