NATIONAL
Guru boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat - Fadhlina

Fadhlina berkata permohonan tersebut terbuka dan tanpa sebarang syarat lain. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan pertukaran buat guru yang telah berkhidmat selama dua tahun.
Ringkasan AI
- Kemudahan Permohonan Pertukaran Guru: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membenarkan permohonan pertukaran bagi guru selepas dua tahun berkhidmat, tanpa syarat tambahan, berbanding sebelum ini yang menetapkan tempoh minimum tiga tahun.
- Pelantikan & Latihan Guru: KPM melantik 1,470 pembantu guru bagi 2025 dan menghantar guru serta pegawai terpilih ke kursus luar negara dengan peruntukan RM4 juta untuk meningkatkan kemahiran pendidikan.
- Program GIFT & Insentif Guru: Sebanyak 32 guru akan dihantar ke sekolah antarabangsa di UK melalui Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT), selain diskaun 20% bagi pembelian tiket kapal terbang melalui portal MH GOM.
Turut hadir pada acara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Untuk rekod, sebelum ini KPM menetapkan guru tidak dibenarkan memohon pertukaran dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM telah melantik 1,470 pembantu guru bagi 2025 dan sekolah yang terpilih berdasarkan kriteria ditetapkan, akan menerima dua pembantu guru tersebut.
"KPM juga akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti program kursus jangka pendek di luar negara bagi menimba ilmu dan pengalaman dalam beberapa bidang terpilih. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM4 juta," katanya.
Pada majlis sama, Fadhlina memaklumkan 32 guru bakal dihantar ke sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma di bawah Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT).
Selain itu, beliau turut mengumumkan diskaun 20 peratus bagi pembelian tiket kapal terbang kepada guru melalui portal MH GOM yang butiran lanjut akan diumumkan nanti.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami