BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
Beliau berkata kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara "time-based", namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dibatalkan.
"Kalau disiplin (guru) lemah, kalau dalam setahun tak pergi sekolah banyak kali, saya nak batalkan (time-based). Jadi kita harus teliti, tapi saya percaya 90 peratus tak ada masalah," katanya ketika berucap di majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang.
Anwar berkata tugas guru itu adalah untuk mendidik manusia sehingga adanya elemen kemanusiaan dalam diri masing-masing, maka seseorang itu mesti mempunyai rasa kasih dan sayang kepada guru.
"Saya sampai sekarang baik di Sekolah Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam Boys School, Malay College Kuala Kangsar dan Universiti Malaya (UM), saya tak pernah lupa dan penghormatan (terhadap) sumbangan guru kerana tanpa mereka selain ibubapa, tidak mungkin (saya) bertapak, jika tidak disemai semangat itu," katanya.
Perdana Menteri berkata sehubungan itu kebajikan para guru harus dipertahankan dan pada masa yang sama harus melakukan perubahan.
"Malaysia punyai keupayaan dan kapasiti untuk angkat martabat bangsa dan negara, contoh yang baik ekonomi, politik, sosial dan pendidikan, kerana kekuatan asas ada. Kalau nak meningkat tidak boleh dengan budaya lembab macam sekarang, mesti kena tegas," katanya.
Anwar seterusnya mengingatkan bahawa komitmen beliau dalam soal bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi serta dalam dasar pendidikan negara janganlah dipertikaikan, namun baginya tiada halangan untuk kembangkan bahasa Cina, Tamil, Arab atau bahasa lain, dan ruang sebaiknya akan diberikan.
Beliau berkata untuk melonjakkan ekonomi negara, penekanan khusus perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Inggeris dalam negara menuju ke arah transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).
"Arahan saya pada Kementerian Pendidikan, tidak mahu lewat dan perlu ada kerangka segera tingkat penguasaan bahasa Inggeris supaya negara dapat bersaing. (Namun) Bahasa Melayu jangan kita remehkan, penguasaan dan mutu harus lebih baik dari sekarang kerana keupayaan anak perlu ada," katanya.
Merujuk kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), beliau berkata skim itu adalah antara terbaik pernah diumumkan kerajaan dan beliau harap ia dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan penjawat awam serta menghentikan amalan tidak baik.
Anwar berkata meskipun rancangan itu mendapat kritikan pelbagai pihak namun ia tidak mengganggu komitmen kerajaan untuk melaksanakannya, memandangkan penjawat awam sudah 12 tahun tidak merasai kenaikan gaji.
Beliau berkata dua cadangan NUTP akan dibawa untuk perbincangan melibatkan guru penolong di sekolah rendah gred DG48 dibenarkan memegang jawatan sebagai penolong kanan dan pengoperasian di sekolah rendah termasuk guru besar yang sudah naik ke gred DG52 secara time-based dibenar terus memegang jawatan itu sehingga ke gred DG54.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Anwar berkata kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara "time-based", namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dibatalkan. - Gambar/ Bernama
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".