awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa tumbuk murid, ibu buat laporan polis

Bernama
Bernama
17/07/2017
14:54 MYT
Guru didakwa tumbuk murid, ibu buat laporan polis
Seorang wanita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat lepas berhubung tindakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di sini, yang didakwa mengasari anaknya. -Gambar fail
Seorang wanita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat lepas berhubung tindakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di sini, yang didakwa mengasari anaknya.
Wanita tersebut, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata anak lelakinya (Adam Mikhael Mubashir, 9) yang merupakan pelajar tahun tiga telah ditumbuk di bahagian kepala oleh seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris apabila gagal menjawab soalan yang diberikan pada kira-kira 12 tengah hari Rabu (12 Julai).
Wanita itu yang merupakan suri rumah mendakwa tumbukan itu menyebabkan anaknya terjatuh dan mengenai bahagian bucu meja di belakang sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala dan pinggang.
"Saya telah membawa anak saya menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati berlaku gegaran di bahagian otak menyebabkan dia berasa pening dan loya, selain sakit di bahagian pinggang akibat terkena bucu meja," kata Nur Syaheerah Sutchira ketika ditemui pemberita di pekarangan sekolah itu, hari ini.
Susulan kejadian itu, wanita tersebut turut membuat aduan kepada Pertubuhan Perpaduan dan Usahasama (Padu) bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya selepas pihak sekolah didakwa tidak mengambil tindakan terhadap guru terbabit.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adam Mikhael Mubashir
#guru
#Nur Syaheerah Sutchira Abdullah
#pelajar
#Pertubuhan Perpaduan dan Usahasama
#polis
#Rosly Hassan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan