awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru ditahan miliki mercun, bunga api

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2018
11:00 MYT
Guru ditahan miliki mercun, bunga api
Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 32 jenis mercun dan bunga api. - Gambar hiasan
Seorang guru berusia 34 tahun ditahan bersama pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM10,000.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, di sini kira-kira jam 2.30 pagi ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 32 jenis mercun dan bunga api.
"Suspek yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah Besut dipercayai mendapat bekalan melalui orang tengah yang membawa masuk mercun dan bunga api berkenaan dari negara jiran," katanya.
Mohd Zamri berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu disahkan negatif dadah.
Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Bahan Letupan 1957.
Topic Berkaitan
#Besut
#bunga api
#guru
#IPD Besut
#Ketua Polis Daerah Besut
#mercun
#Mohd Zamri Mohd Rowi
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan