awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina

Bernama
Bernama
22/01/2025
06:45 MYT
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah) ketika sidang media pada majlis ramah mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, hari ini.- Foto Bernama
KUALA NERUS: Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Fadhlina berkata satu garis panduan yang jelas telah wujud ketika ini menyebut tentang perkara berkenaan.
"Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki.
"Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP," katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas lambakan pegawai perkhidmatan pendidikan yang menjalankan kerja sambilan.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan sekiranya permohonan guru untuk bertukar hanya lebih cepat dan mudah apabila tular di media sosial.
"Tidak betul. Kena ikut proses. Mana ada permohonan tidak ikut proses (tular). Keutamaan kita di KPM dalam perkara ini adalah keperluan pendidikan itu sendiri iaitu pertukaran tidak menjejaskan pendidikan. Kena tengok keseluruhan keperluan dan profesionalisme guru.
"Sebarang pertukaran kena ambil kira ekosistem pendidikan. Keutamaan kita masih lagi pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan dan sebab-sebab lain yang kita pertimbangkan dalam konteks kebajikan guru.
"Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh," katanya ketika menjawab mengenai isu guru 'duka lara'.
Fadhlina berkata permohonan pertukaran penempatan mengajar dibuka sepanjang tahun namun pertukaran hanya akan dibuat pada cuti sekolah sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#kerja sambilan
#Fadhlina Sidek
#perlu dapat kebenaran
#Kementerian Pendidikan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan