awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, pendidik perlu diberi keutamaan terima vaksin

Bernama
Bernama
06/02/2021
20:07 MYT
Guru, pendidik perlu diberi keutamaan terima vaksin
Oleh kerana suntikan vaksin COVID-19 tidak melibatkan individu berumur 18 ke bawah buat masa ini, murid perlu dilindungi melalui pemberian vaksin kepada guru-guru yang mengajar mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kumpulan guru dan pendidik perlu diberi keutamaan dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, demikian pandangan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) dan Persatuan Farmasi Malaysia (PFM).
Presiden PIBGN Datuk Mohamad Ali Hasan dan Presiden PFM Amrahi Buang dalam kenyataan bersama memaklumkan keutamaan ini wajar agar sekolah-sekolah boleh dibuka semula dan demi memastikan persekitaran selamat untuk anak-anak serta memberikan kestabilan ekosistem pendidikan.
"Tindakan ini akan mengurangkan kebimbangan dan keresahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah masing-masing.
"Pengambilan vaksin ini akan meningkatkan keyakinan dan semangat guru-guru untuk kembali mengajar anak murid mereka di sekolah tanpa merasa khuatir sekiranya mereka yang jadi penyebab para pelajar dijangkiti," menurut kenyataan itu.
Mereka berkata suntikan vaksin COVID-19 tidak melibatkan individu berumur 18 ke bawah buat masa ini dan disebabkan itu, murid perlu dilindungi melalui pemberian vaksin kepada guru-guru yang mengajar mereka.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan memulakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini dengan sasaran sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma membabitkan tiga fasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#guru
#pendidikan
#pelajar
#sekolah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#murid
#suntikan
#Mohamad Ali Hasan
#PIBGN
#Persatuan Farmasi Malaysia
#Amrahi Buang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan