awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tidak perlu cetak e-RPH setiap minggu - KPM

Bernama
Bernama
01/05/2025
05:10 MYT
Guru tidak perlu cetak e-RPH setiap minggu - KPM
Azman (foto) berkata bagaimanapun, guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan untuk guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.
  • Guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan.
  • KPM berusaha menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta memastikan kesejahteraan murid, guru, dan warga sekolah terpelihara.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata bagaimanapun, guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan.
"Saya mendengar pendapat dan luahan guru mengenai arahan untuk mencetak e-RPH pada setiap minggu.
"Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian dan telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan ditarik semula serta-merta," katanya dalam hantaran Facebook rasmi KPM hari ini.
Azman berkata KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#e-RPH
#Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian
#Azman Adnan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan