awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had jawatan PM: Tarik balik RUU keputusan sebulat suara - Saifuddin

Bernama
Bernama
26/08/2020
11:24 MYT
Had jawatan PM: Tarik balik RUU  keputusan sebulat suara - Saifuddin
Saifuddin berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran DKD, ITFC dan Sesi Menandatangani MoU antara FINAS, UiTM dan Lembaga Teknologis Malaysia, hari ini. - Foto BERNAMA
Keputusan kerajaan untuk menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2019 berkaitan perjawatan perdana menteri dibuat oleh jemaah menteri secara sebulat suara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
"Saya fikir, tindakan itu dibuat kerana perbezaan falsafah selain kerajaan semasa juga kerajaan berbeza yang melihat perkara tertentu dengan cara berbeza," katanya ketika ditanya mengenai penarikan balik RUU tersebut daripada dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD), Cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Lembaga Teknologis Malaysia, di sini hari ini.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Palimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan kepada Dewan Rakyat penarikan balik RUU itu yang antara lain berkaitan tempoh jawatan perdana menteri yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini.
Turut ditarik balik RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Ditanya sama ada keputusan tersebut akan menjejaskan agenda perubahan yang mahu dilakukan kerajaan, Saifuddin berkata terdapat banyak perkara yang digariskan di bawah agenda itu dan kebanyakannya masih seperti yang dirancangkan.
"Kami masih berbincang tentang banyak perkara, contohnya pembahagian kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman masih dibincangkan. Mengenai pembaharuan undang-undang, saya rasa kami masih berbincang tentang pembentukan suruhanjaya pembaharuan undang-undang.
"Begitu juga dengan reformasi politik dan demokratik, kebebasan Parlimen," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#FINAS
#Malaysia
#Parlimen
#PM
#Saifuddin Abdullah
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan