Kurang 12 jam selepas membuat pusingan U untuk menerima pindaan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun, kerajaan Johor mengumumkan mengekalkan semula had umur belia di negeri itu kepada 40 tahun.
Exco Belia dan Sukan Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam kenyataan medianya malam ini berkata, keputusan terbaru itu dibuat selepas "perbincangan lanjut dan nasihat beberapa pihak".
“Selepas perbincangan lanjut dan atas nasihat beberapa pihak, kerajaan negeri akan memperhalusi semula implikasi berkaitan pindaan rang undang-undang Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang telah diumumkan.
“Justeru, kerajaan negeri mengekalkan semula had umur belia di negeri ini kepada 40 tahun seperti yang diumumkan terdahulu oleh Menteri Besar Johor semalam sehinggalah akta ini diwartakan pada 2021 nanti,” katanya dalam kenyataan.
BACA: Had umur belia, Johor buat pusingan U
Jelas Sheikh Umar, ia bertujuan memastikan tempoh masa persediaan yang mencukupi agar ia dapat dibuat dengan lebih teliti dan berhati-hati.
“Dalam menuju ke arah pewartaan RUU 668 tersebut pada 2021, kerajaan negeri akan terus mengkaji bagi mengenalpasti kesesuaian perlaksanaan ini di negeri Johor.
“Tempoh persediaan ini adalah sebahagian daripada proses reformasi yang panjang dan penuh berliku yang harus dihadapi oleh semua pihak,” katanya.
BACA: Belia kini berumur 15 hingga 30 tahun
VIDEO: Umur belia Johor kekal 15-40 tahun: Dr Sahruddin
Astro Awani
Tue Jul 09 2019
SHEIKH UMAR: Dalam menuju ke arah pewartaan RUU 668 tersebut pada 2021, kerajaan negeri akan terus mengkaji bagi mengenalpasti kesesuaian perlaksanaan ini di negeri Johor. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah
Had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.
Had umur jemaah haji ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi
Syarat ketat yang ditetapkan adalah untuk melindungi keselamatan kesihatan seluruh jemaah haji tahun ini.
Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Pelawat dan jemaah dibenarkan masuk dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18.
COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca
Sepanyol menghapuskan had umur 65 tahun ke atas untuk vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.
Dr Mahathir tidak berniat remehkan manifesto - Anwar
Tambahnya kenyataan yang dibuat Dr Mahathir itu sebaliknya, hanya untuk menyatakan secara ikhlas manifesto yang boleh dilaksanakan dan yang perlu ditangguhkan.
Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan sebelum pihak terlibat sebulat suara untuk tentukan tarikh pelaksanaannya.
Had umur belia: Pemuda Pakatan Johor selar pendirian kerajaan negeri
Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor menyelar pendirian Kerajaan Negeri Johor berhubung had umur belia yang jelas bercanggah dengan perundangan serta dasar Kerajaan Persekutuan.