awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok

Bernama
Bernama
08/06/2022
10:19 MYT
Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok
Bumi Mekah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, esok. - Reuters
MEKAH: Bumi Mekah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, esok.
Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet berkata pihaknya akan menerima kira-kira 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas, sebelum dibawa ke bangunan Abraj Al-Janadriyyah, di sini.
Katanya, mereka merupakan rombongan haji yang pertama pada 4 Jun lalu dan bakal menerima sambutan dari pihak pengurusan, sebelum jemaah haji mengerjakan umrah.
"Esok akan ada sedikit sambutan untuk rombongan pertama...dari segi bilik penginapan juga telah disediakan dan mereka akan ditempatkan mengikut jadual penerbangan mereka serta penilaian tertentu, termasuk ikatan kekeluargaan," katanya.
Roslan yang juga merupakan Pengarah TH Melaka, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerangkan tentang pelbagai persediaan yang dilakukan TH.
Dilaporkan sehingga kini seramai 1,940 jemaah menerusi tujuh penerbangan dari tanah air telah berada di Madinah.
Selain bangunan Abraj Al-Janadriyah yang menempatkan dua maktab (penginapan jemaah), iaitu maktab 46 dan 47, terdapat juga bangunan lain iaitu Qasr Al-Janadriah (maktab 49) serta Land Premium (maktab 48 dan 50).
Menurut Roslan, TH menyediakan kira-kira 30 petugas maktab dengan enam petugas bagi setiap maktab, yang akan berkhidmat 24 jam, bagi memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah.
"Setiap bangunan penginapan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pejabat pengurusan, farmasi, klinik kesihatan, kedai runcit dan kaunter khidmat pelanggan," katanya.
Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini menerusi 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#jemaah malaysia
#Tabung Haji
#Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan