KOTA KINABALU: Arus permodenan dan dunia digital pada masa ini diharap tidak akan menyanggah prinsip asas pemberitaan berpaksikan fakta serta adil kepada subjek yang ditulis, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata biar secanggih manapun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawanan baik media cetak, elektronik atau portal berita, etika dan tanggungjawab sebagai pengamal media tidak pernah berubah.
"Sangat penting melalui kerja pengamal media, maklumat sahih dikongsi dengan orang ramai. Kewartawanan yang baik memainkan peranan penting dalam masyarakat.
"Anda mampu mempengaruhi pemikiran rakyat melalui laporan, mengubah pandangan rakyat malah mengubah landskap sosial dan politik sesebuah negara.
"Justeru, wartawan perlu membuat laporan dengan bijak, bertanggungjawab dan profesional," katanya dalam ucapan bagi merasmikan Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2022 di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga Menteri Kewangan Il negeri.
Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai, yang juga mantan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) serta Presiden SJA Datuk Muguntan Vanar.
Hajiji berkata anugerah kewartawanan tahun ini, yang bertemakan 'Forward in the Digital Age,' adalah simbolik kepada kesungguhan pengamal media dalam menyalurkan berita tepat, benar dan cepat ketika berdepan dunia digital yang sangat mencabar ketika ini.
Beliau berkata dengan limpahan maklumat di hujung jari, masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mencari apa yang benar.
"Dalam hal ini, pengamal media adalah tiang yang akan menyokong kepada semua rasa tanggungjawab ini dengan berita yang tepat, benar dan cepat," katanya.
Pada majlis itu, Bernama meraih anugerah utama Kewartawanan Rencana dan Berita dalam Bahasa Melayu menerusi Rohana Nasrah dan anugerah merit kategori sama menerusi Ketua Biro Fadzli Ramli.
Rohana turut merangkul anugerah utama penulisan terbaik Bahasa Melayu Kategori Perniagaan dan Ekonomi dan Fadzli membawa pulang anugerah merit dalam Bahasa Inggeris kategori Alam Sekitar manakala Arthur Edward meraih anugerah bagi kategori Laporan Berita dalam Bahasa Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
Hajiji berkata, pengamal media mampu mempengaruhi pemikiran rakyat melalui laporan, mengubah pandangan rakyat malah mengubah landskap sosial dan politik sesebuah negara. - Gambar hiasan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji
Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA - Hajiji
Kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu.
Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan setakat 27 Sept - Hajiji
Sabah berjaya mencatat sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan untuk penduduk negeri itu setakat 27 Sept lepas menerusi pelbagai usaha kerajaan melalui PERKESO dan pelbagai agensi terlibat.