awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji tidak pernah rendahkan penjawat awam, itu berita palsu - JKM Sabah

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2020
10:37 MYT
Hajiji tidak pernah rendahkan penjawat awam, itu berita palsu - JKM Sabah
Satu cubaan untuk memburuk-burukkan kepimpinan beliau dan Gabungan Rakyat Sabah selaku kerajaan memerintah. - Gambar JKM Sabah
KOTA KINABALU:Pejabat Jabatan Ketua Menteri Sabah hari ini menafikan gambar dan kenyataan yang tular di media sosial yang mendakwa kelewatan bantuan makanan kepada penduduk terjejas adalah disebabkan ketidakcekapan penjawat awam.
Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat JKM Sabah menegaskan, kenyataan itu tidak pernah sama sekali dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Malah, kenyataan yang tular di semua platform media sosial beserta gambar Hajiji itu adalah satu cubaan untuk memburuk-burukkan kepimpinan beliau dan Gabungan Rakyat Sabah selaku kerajaan memerintah.
“Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya beliau sangat menghargai usaha dan kerja keras semua pihak termasuk penjawat awam dalam usaha memerangi COVID-19,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Tambah kenyataan itu lagi, satu laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa bagi menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan ekoran penyebaran berita palsu ini.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Hajiji Noor
#Ketua Menteri Sabah
#Hajiji hina penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan