awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji ucap takziah atas pemergian bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah

Bernama
Bernama
21/05/2025
03:30 MYT
Hajiji ucap takziah atas pemergian bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah
Allahyarham Ahmadshah banyak berjasa kepada Sabah terutama ketika berkhidmat sebagai penjawat awam negeri. - Foto Instagram/Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia malam tadi.
Beliau berkata Ahmadshah banyak berjasa kepada Sabah terutama ketika berkhidmat sebagai penjawat awam negeri.
"Saya bagi pihak keluarga dan kerajaan negeri ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmadshah, 78, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 8.45 malam, dan berita pemergian Allahyarham disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong menerusi satu kenyataan.
Ahmadshah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan pada 1 Jan 2003 dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyambung khidmat untuk penggal kedua bermula 1 Jan 2007 hingga 31 Dis 2010.
Sementara itu, turut menzahirkan ucapan takziah di akaun media sosial, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Armizan berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham terhadap rakyat Sabah akan sentiasa dikenang.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman," katanya menerusi laman Facebook.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerusi laman Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmadshah, diikuti Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa yang mendoakan semoga Allahyarham dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama syuhada serta orang beriman.
Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan beliau amat sedih menerima berita pemergian Ahmadshah.
"Tun Ahmadshah bukan sahaja seorang pemimpin dihormati tetapi juga penjawat awam yang banyak berjasa kepada Sabah. Sumbangan Allahyarham dalam perkhidmatan awam dan dunia pendidikan sangat besar dan akan terus dikenang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Ahmadshah Abdullah
#takziah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami