KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengingatkan pihak pembelaan untuk memberi keutamaan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor, memandangkan kes itu telah mengambil masa lama sejak 2018.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, ia perlu diberi keutamaan oleh peguam yang mewakili Rosmah, 70, kerana kes tersebut belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa pada 4 Okt 2018.
"Saya berpendapat mahkamah perlu menetapkan tarikh perbicaraan untuk kes ini, namun sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Datin Seri Rosmah untuk saya menarik diri daripada mendengar perbicaraan, kes akan didengar oleh hakim lain," kata hakim itu.
Mohamed Zaini berkata demikian selepas peguam Revin Kumar yang mewakili Rosmah memaklumkan beliau perlu merujuk peguam bela utama Datuk Geethan Ram Vincent mengenai tarikh perbicaraan sesuai.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan akan memanggil 14 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.
Mahkamah kemudian menetapkan 1 Dis ini untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes.
Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Pada 1 Sept lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Datin Seri Rosmah Mansor berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). - Gambar fail BERNAMA

Thaipusam | Jangan kelirukan fatwa Johor
Orang ramai digesa untuk tidak memutarbelitkan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor berhubung larangan ke atas orang Islam untuk menghadiri upacara perayaan bukan seagama.

Beku Akaun | Bersatu ambil langkah jika permohonan pembatalan tidak lulus
Parti Bersatu mengambil langkah sewajarnya jika permohonan mereka untuk membatalkan pembekuan akaun parti tidak diluluskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![[TERKINI] Hajiji kini Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah [TERKINI] Hajiji kini Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008076/8668163511675585819516_640x360.jpg)
[TERKINI] Hajiji kini Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara rasmi mengambil alih tampuk kepimpinan parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) susulan Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu hari ini.

Belasungkawa | Kartunis ‘Majalah Gila-Gila’ Fatah Ngah meninggal dunia
Kartunis terkenal Majalah Gila-Gila, Abdul Fatah Ngah, 70 tahun menghebuskan nafas terakhir pukul 1.45 pagi pada Ahad.

Menteri-Menteri Luar ASEAN kecam ektremis bakar al-Quran
ASEAN komited menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai.

Kartunis legenda Fatah Ngah meninggal dunia
Berita pemergian Abdul Fatah dikongsikan adiknya yang juga komposer terkenal Abdul Manan Ngah.

Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

Liga M: Kerjasama Astro, RTM bakal bawa keuntungan semua pihak - Safee Sali
Kerjasama Liga Bola Sepak Sepak Malaysia (MFL) dengan dua stesen televisyen selaku penyiar rasmi, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal melonjakk nilai komersial pertandingan bola sepak.

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Bekas pemimpin tentera itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Dubai setelah lama menerima rawatan.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah bermula 12 Mei 2023
Pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

Hakim ingatkan peguam beri keutamaan kes pengubahan wang haram dihadapi Rosmah
Keutamaan itu harus diberikan memandangkan kes tersebut telah mengambil masa lama sejak 2018.

Kes rasuah solar: Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah
"Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita." - Rosmah Mansor

Polis siasat kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan kes Rosmah
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, semalam.

Rosmah berhak mengesahkan keabsahan surat pelantikan Sri Ram - Peguam
Pihak pendakwaan perlu mengemukakan salinan surat pelantikan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan khusus dalam perbicaraan kes rasuah isteri Rosmah Mansor.