MALAYSIA
Halu tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi pihak asing - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama Malaysia-Iran akan berpandu kepada manfaat rakyat kedua-dua negara tanpa pengaruh asing.-Anwar membincangkan komitmen memperkukuh hubungan dua hala, pelaburan, dan perdagangan dengan Presiden Terpilih Iran, Dr. Masoud Pezeshkian.
- Anwar mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran dan menzahirkan takziah atas pemergian bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi.
Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran pada 30 Julai ini selain menzahirkan harapan untuk melihat negara itu terus berkembang hebat di bawah pimpinannya.
Beliau juga mengucapkan takziah atas pemergian bekas Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lepas.
"Saya juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin serta menentang kezaliman dan genosid yang dilakukan rejim Zionis Israel," katanya.
Perdana Menteri berkata pada akhir perbualan itu, beliau menjemput Pezeshkian ke Malaysia sesegera mungkin dan pemimpin tersebut turut menjemputnya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara.
Pezeshkian, 69, yang juga bekas Menteri Kesihatan, dipilih sebagai Presiden Kesembilan Iran pada pilihan raya 5 Julai lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami