KUALA LUMPUR: Hampir sembilan juta dos penggalak telah diberikan setakat malam tadi (11.59 malam), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin
Beliau menjangkakan jumlah itu akan melepasi 10 juta minggu depan kerana kerajaan sedang meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak.
"Hasil daripada program dos penggalak dipercepatkan, ditambah dengan prosedur operasi standard (SOP), kapasiti hospital kekal terkawal walaupun terdapat lonjakan kes import Omicron," katanya dalam ciapan terkini di akaun Twitter beliau.
Mengambil contoh Sarawak, Khairy berkata negeri itu merekodkan kes harian melebihi 3,000 sebelum memulakan program suntikan dos penggalak pada Oktober lepas.
"Kes harian kini sudah menurun kepada dua angka, dengan setiap penunjuk turun melebihi 90 peratus sejak September. Dapatkan dos penggalak," katanya.
Minggu lepas, Khairy berkata empat pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 mega di Lembah Klang akan mula beroperasi esok untuk menawarkan suntikan dos penggalak dalam usaha meningkatkan kadar pengambilan bagi dos ketiga itu.
Empat PPV mega itu adalah PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), PPV Axiata Arena Bukit Jalil, PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkal, Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Khairy menjangkakan jumlah itu akan melepasi 10 juta minggu depan kerana kerajaan sedang meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak. - Gambar fail
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Hampir 9 juta dos penggalak diberikan sehingga semalam - Khairy
Beliau menjangkakan jumlah itu akan melepasi 10 juta minggu depan.