awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir kesemua rakyat Malaysia dalam pesawat miliki insurans hayat

Bernama
Bernama
25/03/2014
08:14 MYT
Hampir kesemua rakyat Malaysia dalam pesawat miliki insurans hayat
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata 47 daripada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat malang MH370, memiliki polisi insurans.
Ia meliputi 38 penumpang dan 12 anak kapal, dengan polisi insurans hayat dari 14 syarikat di Malaysia. Presiden LIAM Vincent Kwo berkata kira-kira enam rakyat asing turut diinsuranskan dengan syarikat anggota LIAM.
"Anggota keluarga atau waris pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di 03-26916628 atau e-mel [email protected], jika mereka mahu mengetahui syarikat insurans yang melindungi orang kesayangan mereka," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AIA Bhd berkata ia akan menghubungi keluarga pemegang polisi.
"Kami memberi jaminan kepada keluarga terbabit bahawa kami akan menghubungi mereka untuk menyegerakan proses tuntutan insurans hayat dalam tempoh 24 jam akan datang.
"Waris juga boleh menghubungi 1300-88-8860/70 untuk bantuan atau e-mel [email protected]," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle.
Malam tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370, yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) pada hari sama.
Topic Berkaitan
#insurans
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan