JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu menarik balik arahannya yang mahukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menangguhkan keputusan pertukaran pegawai kanan polis.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata Hamzah tidak seharusnya campur tangan dalam urusan tersebut dan Abdul Hamid mesti diberi ruang dan kebebasan serta tidak diganggu bidang kuasanya.
BACA: KPN sahkan wujud arahan tangguh pertukaran pegawai
Jelasnya, penukaran itu terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dan Hamzah tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apatah lagi menggagalkan keputusan yang telah diambil Abdul Hamid.
"Saya memandang perkara yang cuba dilakukan Menteri Dalam Negeri adalah serius.
"Walaupun sekarang negara berada dalam keadaan darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.
"Satu perkara yang perlu diingatkan bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala dipanggil kartel dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.
"Pada hari ini pula (Sabtu) Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara.
"Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh polis dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Hassan berkata, apa yang membimbangkan apabila media mendedahkan Malaysia menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan negara sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.
Katanya, PDRM perlu kekal sebagai sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.
Berita asal: 'Hamzah tak perlu campur tangan urusan pertukaran pegawai polis'
Sinar Harian
Sat Apr 10 2021
HASSAN: Walaupun sekarang negara berada dalam keadaan darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara. -Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
'Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca' - Hamzah
Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan, dakwa Anwar tak ikut Peraturan Mesyuarat
Hamzah berkata tindakan Anwar memberikan penerangan tersebut di tengah-tengah sesi Perbahasan Titah Diraja sebagai menyalahgunakan 'sokongan majoriti' yang dimiliki oleh kerajaan.
PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
Hamzah berkata, perubahan pada jawatankuasa portfolio dibuat mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama.
Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?
Hamzah menyelar tindakan Kerajaan Madani yang terlewat memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.
Bersatu umum dukung kepimpinan Muhyiddin, ambil tindakan terhadap wakil rakyat khianati parti
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyatnya yang khianat.
Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.
Kenyataan media 118 Ahli Parlimen PN menghadap Agong adalah palsu
Pejabat Ketua Pembangkang memaklumkan, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial, adalah palsu.
Hadiah ulang tahun pertama kegagalan pentadbiran Anwar - Hamzah
Kemenangan besar itu menandakan secara jelas lagi bersuluh bahawa PN adalah wadah utama politik orang Melayu, kata Hamzah.