awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hangus terbakar, persiapan Aidilfitri bertukar suram

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
02/06/2019
02:50 MYT
Hangus terbakar, persiapan Aidilfitri bertukar suram
Api memusnahkan keseluruhan rumah sewa yang didiami sembilan sekeluarga di Kampung Pengkalan Nangka musnah dalam kejadian 7.26 malam tadi. - Foto ihsan bomba
Persiapan sembilan sekeluarga menyambut Aidilfitri menjadi suram apabila rumah sewa yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nangka dekat Pengkalan Chepa, di sini pada Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Samsuddin Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Pengkalan Chepa dan Kota Bharu dengan dibantu pasukan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba kami mendapati sebuah rumah kediaman separuh kekal sudah 90 peratus hangus terbakar termasuk dua buah kereta iaitu Proton Waja dan Nissan Sentra.
"Bagaimanapun Perodua Viva dapat diselamatkan dan hanya 20 peratus terbakar di bahagian hadapan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 7.35 malam dan kerja pemadaman tamat pada jam 8.10 malam.
"Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan setakat ini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kampung Pengkalan Nangka
#kebakaran
#Pengkalan Chepa
#sambutan aidilfitri
#suram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan