KUALA SELANGOR: Hanya 0.7 peratus atau kira-kira 300 guru sahaja yang belum menerima vaksin COVID-19 daripada 61,000 guru yang berkhidmat di Selangor, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor Anismah M Nor.
Beliau berkata susulan itu guru-guru tersebut masih dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa, tetapi tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas selaras dengan ketetapan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Mereka yang belum divaksin digalakkan mengajar murid secara dalam talian, kerana kita bimbang sekiranya interaksi secara bersemuka boleh mendatangkan kesan atau jangkitan kepada warga sekolah," katanya kepada media.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Prestij Pembelajaran 2021 Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar di sini hari ini.
Anismah berkata golongan tersebut memberikan pelbagai alasan peribadi, namun pihaknya akan terus menggunakan pelbagai pendekatan termasuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi menasihati dan membimbing guru supaya mengambil vaksin COVID-19.
Terdahulu, Noh mengumumkan peruntukan RM30,000 akan diberikan kepada setiap daerah bagi pelaksanaan Prestij Pembelajaran di seluruh Selangor, susulan kejayaan program itu yang dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor pada tahun lalu.
Katanya Prestij Pembelajaran akan menumpukan para pelajar dari golongan B40 bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), serta murid pemulihan khas bagi penguasaan 3M (menulis, membaca, mengira) yang akan dilaksanakan secara bersama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Bank Rakyat.
"Peruntukan ini akan digunakan bagi penyediaan modul-modul yang sesuai untuk anak-anak pelajar dan bayaran sagu hati kepada guru-guru yang terlibat serta untuk program motivasi," katanya.
Menurutnya Prestij Pembelajaran merupakan satu nilai tambah untuk anak-anak menuntut ilmu bagi subjek-subjek terpilih di luar waktu persekolahan, yang diadakan pada waktu malam atau hujung minggu secara bersemuka atau dalam talian mengikut kesesuaian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Guru-guru tersebut masih dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa, tetapi tidak boleh mengajar secara bersemuka. - Gambar hiasan
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Tidak salah guna media sosial namun guru diingat patuhi garis panduan KPM
Kementerian Pendidikan memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu.
KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Fadhlina
Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM.
KPM pantau iDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.
KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman guru, petugas UM wajibkan ambil vaksin COVID-19
Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas UM terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.