awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2025
02:15 MYT
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Mohamed Nazri (bersongkok) hadir ke majlis angkat sumpah Donald Trump pada Isnin sebagai mewakili kerajaan Malaysia dengan mengenakan sepasang baju Melayu hitam dan bersongkok.
KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, Donald Trump hanya diwakili oleh duta bukan pemimpin utama mana-mana negara, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurut Duta Besar Malaysia ke AS itu, White House juga hanya mengundang pemimpin China ke majlis itu dan negara tersebut hanya menghantar Naib Presidennya.
Kepada Astro AWANI, Mohamed Nazri menjelaskan, jemputan untuk menghadiri majlis angkat sumpah tersebut disampaikan oleh kerajaan AS kepada semua pejabat kedutaan baru-baru ini.
“Seperti masa lalu, Ketua Perwakilan yang diiktiraf ke Amerika Syarikat, bersama pasangan mereka, akan mewakili ketua negara masing-masing dan kerajaan mereka. Jemputan ini tidak boleh dipindah milik,” kata jemputan tersebut.
Kenyataan yang dibuat Mohamed Nazri sekali gus menjawab tohmahan beberapa pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim ke upacara tersebut.
Mohamed Nazri hadir ke majlis tersebut mewakili kerajaan Malaysia dengan mengenakan sepasang baju Melayu hitam dan bersongkok.
Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan perubahan besar dalam pentadbiran AS yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat Amerika dan dunia.
Dalam ucapan sulungnya, Trump berikrar untuk “meletakkan Amerika di tempat pertama” semasa menandakan babak baharu untuk negara itu
Selepas majlis pelantikan, Trump meninggalkan Capitol dan menuju ke Arena Capital One untuk menyampaikan ucapan kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan yang turut menampilkan perarakan Presiden.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#angkat sumpah Presiden AS
#duta
#Nazri Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan