Mulai 1 Januari tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, mengikut tiga tarikh yang diwartakan oleh kerajaan dan satu kali mengikut pilihan peniaga, berbanding lima kali sebelum ini.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayuddin berkata kerajaan menetapkan jualan awal tahun dari 1 hingga 30 Mac, karnival jualan mega 1Malaysia dari 15 Jun hingga 31 Ogos dan jualan akhir tahun 1Malaysia dari 1 November hingga 31 Disember tahun depan.
"Pindaan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 ini merupakan inisiatif kerajaan agar kaedah pelaksanaan jualan murah di Malaysia lebih cekap dan efisien," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan harga barangan dan jualan murah di pasaraya AEON Cheras Selatan di sini pada Jumaat.
Mohd Roslan berkata pindaan itu antara lain menyentuh mengenai jumlah barangan yang ditawarkan pada harga jualan murah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kesemua jumlah barangan di premis terlibat.
"Kadar diskaun minimum pula sebanyak 10 peratus daripada harga barangan yang dibekalkan dan penetapan harga asas sebelum diberi pengurangan berdasarkan harga terendah yang pernah ditawarkan pada tiga bulan sebelumnya," katanya.
Mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas pula, Mohd Roslan berkata KPDNKK telah menjalankan pemeriksaan kawalan harga ke atas 6,569 premis di seluruh negara bagi tempoh 19 hingga 22 Dis.
"Dalam tempoh tersebut, hanya satu aduan melibatkan harga ayam dilaporkan di Selangor dan pegawai kami sedang menyiasat perkara itu," katanya.
SKHMP dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Dis melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
Mulai 1 Januari tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, berbanding lima kali sebelum ini. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN
Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
KPDNHEP Sarawak laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak bakal kuatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 20 Mei hingga 3 Jun 2020 iaitu selama 15 hari.
Tindakan tegas jika peniaga naikkan harga topeng penutup mulut dan hidung - KPDNHEP
Penularan wabak novel koronavirus sudah tentu membuatkan masyarakat akan mengambilkan langkah berjaga-jaga.
Peniaga kaut untung lebih: 'Kita dengar dulu penjelasan mereka' - Saifuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam usaha mengesan peniaga yang mengaut keuntungan sama ada ia dilakukan secara berasas atau semberono.
KPDNKK senarai 16 barangan harga kawalan bersempena Krismas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.
10 barangan disenarai dalam skim kawalan harga Ramadan
Barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.
Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
Hanya empat jualan murah setahun berkuat kuasa 1 Januari 2017 - KPDNKK
Mulai 1 Jan tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, berbanding lima kali sebelum ini.
Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran akan mengambil tindakan atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.
KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.