Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, di sini pada tengah hari tadi.
Kejadian berlaku di tapak parkir kompleks tersebut yang disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat untuk makan tengahari kira-kira jam 1 tengahari.
Ketika hendak masuk ke dalam keretanya, bapa mangsa menyedari anaknya terbaring kaku berada di kerusi bayi di bahagian belakang, bapanya yang panik hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.
Kejadian berlaku akibat terlupa mangsa masih berada didalam kenderaan setelah menghantar dua anaknya ke sekolah dan menghantar isterinya ke tempat kerja.
Sepatutnya mangsa dihantar ke pusat jagaan bayi sebelum bapanya pergi kerja sekitar jam 9 pagi.
Bayi itu kemudian dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota sebelum disahkan meninggal dunia.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Forensik Hospital Tengku Aampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian kes disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Astro Awani
Mon Feb 17 2020

Bayi itu kemudian dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota sebelum disahkan meninggal dunia.

COVID-19: Satu suntikan vaksin Johnson & Johnson mampu cegah jangkitan - FDA
Kadar keberkesanan vaksin Johnson & Johnson adalah 66 peratus untuk mencegah COVID-19 tahap sederhana hingga teruk.

COVID-19: Komuniti, selebriti, menteri jadi golongan penting tangani antivaksin di UK
Kerajaan UK bertindak aktif dengan mengambil pelbagai inisiatif sekali gus menggunakan kuasa komuniti dalam menangani isu berkenaan.

COVID-19: Vaksin mampu lindungi warga emas penghidap penyakit kronik - Pakar
Golongan tersebut perlu memahami tindakan kerajaan berhubung pemberian vaksin berkenaan kerana ia menjadi faktor pelindung terhadap mereka.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

Hanya jeritan Allahuakbar, bapa temukan bayi 9 bulan maut tertinggal dalam kereta
Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, di sini pada tengah hari tadi.