awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya kurangkan pengambilan, bukan kecilkan saiz penjawat awam - Entulu

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
20/03/2018
04:41 MYT
Hanya kurangkan pengambilan, bukan kecilkan saiz penjawat awam - Entulu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan bersedia untuk bukan sahaja mengekalkan saiz penjawat awam negara, malah menambah bilangan mereka. - Gambar hiasan
Kerajaan tiada perancangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam negara, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan ada kemungkinan akan mengurangkan kadar pengambilan untuk penjawat awam.
Entulu berkata, tiada program khusus yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan saiz penjawat awam ketika ini.
"Pegawai-pegawai kita sebenarnya banyak hari tidak mempunyai rehat. Ada yang terpaksa bertugas pada hari minggu.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan masih kekurangan kakitangan di sesetengah jabatan dan bukan 'terlalu ramai' seperti yang dituduh sesetengah pihak," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR - Lembah Pantai) berhubung pembekuan pengambilan penjawat awam, di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan bersedia untuk bukan sahaja mengekalkan saiz penjawat awam negara, malah menambah bilangan mereka.
Ini kerana, menurut beliau, kerajaan menganggap penjawat awam sebagai tulang belakang negara.
Topic Berkaitan
#Joseph Entulu Belaun
#kakitangan kerajaan
#Nurul Izzah Anwar
#penjawat awam
#sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan