awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harapan tinggi kepada TPM bantu perkukuh keselamatan Sabah - Musa Aman

Bernama
Bernama
14/08/2015
00:00 MYT
Harapan tinggi kepada TPM bantu perkukuh keselamatan Sabah - Musa Aman
MUSA: Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri diharap akan dapat membantu seterusnya mengambil perhatian terhadap isu keselamatan di Sabah.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membantu kerajaan negeri bagi memperkukuhkan lagi keselamatan negeri itu.
Musa berkata Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri diharap akan dapat membantu seterusnya mengambil perhatian terhadap isu keselamatan di negeri ini memandangkan ia adalah agenda yang cukup penting dan dekat di hati rakyat Sabah.
"Saya mewakili rakyat Sabah, pada hari ini, menzahirkan harapan cukup tinggi kepada Yang Amat Berhormat (Ahmad Zahid) selaku Menteri Dalam Negeri yang kini diberikan kekuatan sebagai Timbalan Perdana Menteri agar membantu kami dalam memperkukuh keselamatan negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Ahmad Zahid di sini, Khamis malam.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta menteri Kabinet persekutuan dan negeri.
Musa turut mengulangi ikrar dan komitmen kerajaan negeri untuk sentiasa berdiri teguh dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.
"Kami yakin dan percaya gandingan perdana menteri dan timbalan perdana menteri merupakan gabungan mantap dan kuat," katanya.
Musa menegaskan Sabah tidak akan goyah dan akan terus bersama menjadi benteng mempertahan kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Inilah pendirian kami dari awal, inilah iltizam saya, inilah tekad dan komitmen semua kepimpinan UMNO dan BN Sabah," katanya.
Mengalu-alukan kehadiran Ahmad Zahid, Musa berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri ke Sabah.
"Kami yakin dan percaya pelantikan ini (sebagai timbalan perdana menteri) adalah pengiktirafan terhadap ketokohan, kewibawaan dan pengalaman luas Yang Amat Berhormat (Ahmad Zahid) dalam politik serta pentadbiran selaku pemimpin kanan parti dan kerajaan," katanya.
Pelantikan bersandarkan keyakinan dan kepercayaan perdana menteri itu merupakan kesinambungan terhadap keyakinan juga tanggungjawab besar diberikan rakyat kepada UMNO dan BN, katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#keselamatan negeri
#Musa Aman
#Sabah
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan