awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 4 sen

Isabelle Leong
Isabelle Leong
21/04/2021
09:06 MYT
Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 4 sen
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula APM. - REUTERS/Lee Jae-Won
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 April ini.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit RON97 yang sebelum ini RM2.54 seliter dinaikkan kepada RM2.58 seliter sepanjang tempoh berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan,” kata kementerian itu.
Menurut kementerian itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Topic Berkaitan
#RON95
#RON97
#petrol
#diesel
#minyak
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan