IPOH: Langkah kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi ayam standard pada RM8.90 sekilogram yang berkuat kuasa Sabtu disifatkan sangat wajar dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.
Orang ramai menyifatkan langkah itu kena pada masanya bagi membendung kenaikan yang seperti tiada kesudahannya.
Tinjauan Astro AWANI di Ipoh mendapati, rata-rata peniaga dan pengguna yang ditemui berpendapat, ayam kini menjadi pilihan utama rakyat kerana harganya jauh lebih murah berbanding daging dan hasil laut seperti ikan, sotong, ketam dan udang.
Penjawat awam, Masnidah Mahmat, berkata: "Bagus bila kerajaan tetapkan harga RM8.90 sebab ia tidak akan membebankan rakyat daripada semua golongan.
"Lagipun ayam ni wajib dalam satu isi rumah. Ramai yang makan ayam, macam kanak-kanak, memang menu utama mereka adalah ayam.
"Sekarang ini musim COVID-19, jadi rakyat banyak kehilangan pekerjaan, harga ayam yang terlampau melambung sampai RM11, RM10 sekilogram sangat-sangat membebankan rakyat," katanya.
Benard Radin yang bekerja sendiri pula berkata: "Sebagai salah seorang pengguna, saya amat setuju dengan harga yang kerajaan tetapkan... ia harga yang sangat berpatutan dalam keadaan pandemik ini, di mana punca pendapatan ramai rakyat Malaysia pun telah terganggu.
"Macam saya ini memang makan ayam... lebih kurang 10 ekor seminggu. Dengan harga yang ini, kami amat bersyukurlah. Ia sedikit sebanyak telah meringankan beban," katanya.
Kakitangan kerajaan, Norhayati Ariffin, berkata: "Anak-anak saya memang makan ayam, jadi kalau harga ayam begitu mahal sehingga RM10, RM11 sekilogram itu memang jadi satu bebanlah.
"Sebab ayam ni memang makanan atau lauk utama kepada keluarga saya dan ramai lagi rakyat. Untuk golongan B40, ini satu harga yang berpatutan," katanya.
Sementara itu, peniaga ayam, Mohd Zulsyazmi Mohd Zulkifly, berkata penetapan harga maksimum ayam itu menyebabkan keuntungan peniaga kecil sepertinya menurun.
"Kami terpaksa akur dengan harga yang kerajaan tetapkan iaitu sekilogram RM8.90. (Perbezaan) harga yang kami dapat daripada pembekal pun sikit sangat. Kami dapat dalam 80 sen sekilo (keuntungan) berbanding sebelum ni dapat RM1.30.
"Jadi sebulan purata keuntungan kami pun dah turun. Sedangkan kami perlu tampung kos barang, air, plastik, eletrik, kos penghantaran dan sebagainya. Jadi kami minta kerajaan timbangkan baliklah harga yang ditetapkan," katanya.
Pada 31 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard ialah RM8.90 sekilogram, iaitu pengurangan 20 sen daripada harga siling semasa RM9.10.
Penetapan harga itu berkuasa mulai 5 Februari hingga 5 Jun 2022.
Penternak sebenarnya meminta kos di ladang dinaikkan sehingga menyebabkan harga runcit melangkaui lebih RM10 tetapi kerajaan membantu dari segi subsidi untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 06 2022
Orang ramai menyifatkan langkah itu kena pada masanya bagi membendung kenaikan yang seperti tiada kesudahannya. - Gambar hiasan/ Bernama
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.