awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
17/05/2022
04:08 MYT
Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
RIJAL MUSTAFA: Belia Prihatin menyambut baik hasrat dan rancangan kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan lain-lain insentif bantuan untuk belia. -Kelab Belia Prihatin
KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan mendesak bagi memastikan peluang pekerjaan yang ada dikawal selia serta dibuka kepada anak muda di semua peringkat dan bukan bersifat eksklusif kepada pihak-pihak tertentu.
Bagi Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin), ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun kampung serta desa.
Menurut Pengarah Komunikasi, Rijal Mustafa Rozman, Belia Prihatin menyambut baik hasrat dan rancangan kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan lain-lain insentif bantuan untuk belia seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad.
"Belia Prihatin juga menyambut baik pengiktirafan Kerajaan Malaysia berkenaan usaha proaktif pertubuhan-pertubuhan belia dalam aktiviti pembangunan masyarakat.
"Ia sekali gus menjadi penyumbang utama kepada usaha dan matlamat utama dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan maju," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, Datuk Seri Ismail berkata terdapat lebih 20 inisiatif boleh dimanfaatkan golongan belia secara langsung atau tidak langsung melalui Bajet 2022 yang diumumkan kerajaan.
Antaranya ialah inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dilancar pada 19 Februari lalu bagi membantu memperkukuh ekonomi belia.
Dalam pada itu, turut disuarakan adalah isu penyertaan anak muda dalam proses pilihan raya. Justeru Rijal Mustafa berharap agar usaha ini dapat dimulakan dengan menumpukan kepada aktiviti kemasyarakatan.
Melalui aktiviti sebegini, katanya, ia dapat meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan belia sekali gus memberi pemahaman tentang penyertaan demokrasi berparlimen.
View this post on Instagram
A post shared by Kelab Belia Prihatin (@beliaprihatin.my)
Topic Berkaitan
#Kelab Belia Prihatin
#peluang pekerjaan
#aktiviti kemasyarakatan
#Rijal Mustafa Rozman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan