awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: 50 warga TLDM sertai Malaysia #QuranHour 2023

Aida Aziz
Aida Aziz
31/08/2023
23:15 MYT
Hari Kebangsaan: 50 warga TLDM sertai Malaysia #QuranHour 2023
"Bertemakan 'Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar', objektif utama pelaksanaan kali ini adalah untuk menggalakkan interaksi Navy People dengan al-Quran. - Foto TLDM
LUMUT: Seramai 50 orang perserta menyertai Program Malaysia #QuranHour 2023 peringkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang berlangsung di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, di sini semalam.
Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak, pelaksanaan program berkenaan sekali gus bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang jatuh pada Khamis.
Katanya lagi, objektif ia dianjurkan adalah untuk menggalakkan interaksi 'Navy People' dengan al-Quran menerusi pembacaan, penghayatan makna, dan penerapan ajaran dalam kehidupan harian dengan berpandukan al-Quran serta sunah.
Seramai 30 orang pemegang Panji Al-Insan dari Rumah Ngaji Teluk Muroh bersama-sama 20 warga TLDM terlibat bagi menjayakan program di kapal TLDM itu. - Foto TLDM
Seramai 30 orang pemegang Panji Al-Insan dari Rumah Ngaji Teluk Muroh bersama-sama 20 warga TLDM terlibat bagi menjayakan program di kapal TLDM itu. - Foto TLDM
"Bertemakan 'Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar', objektif utama pelaksanaan kali ini adalah untuk menggalakkan interaksi Navy People dengan al-Quran.
"Surah Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr dijadikan sebagai surah pilihan untuk dihayati oleh 50 orang warga TLDM dalam melahirkan modal insan yang unggul," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Katanya lagi, komitmen TLDM dalam menjayakan program #QuranHour 2023 ini turut dizahirkan dengan pelaksanaan awal di KD Teguh Samudera, melalui kolaborasi erat antara komuniti Rumah Ngaji Teluk Muroh dan warga TLDM pada 26 Ogos lalu.
Ketika itu, seramai 30 orang pemegang Panji Al-Insan dari Rumah Ngaji Teluk Muroh bersama-sama 20 warga TLDM terlibat bagi menjayakan program di kapal TLDM itu.
Jelasnya lagi, TLDM sentiasa menyokong usaha murni melalui program sebegini dalam menyediakan angkatan terbaik bukan sahaja dari segi fizikal malah dari aspek kerohanian.
Topic Berkaitan
#quran hour
#TLDM
#masjid an-nur
#Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan