awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: Proton e.MAS 5 lakukan penampilan sulung di Dataran Putrajaya

Bernama
Bernama
31/08/2025
07:21 MYT
Hari Kebangsaan: Proton e.MAS 5 lakukan penampilan sulung di Dataran Putrajaya
Penampilan istimewa Proton e.MAS 5 ‘menemui’ ribuan pengunjung sempena Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jika tahun lepas kereta elektrik pertama Proton, e.MAS 7 membuat penampilan istimewa bersempena dengan Hari Kebangsaan, tahun ini sejarah berulang apabila Proton e.MAS 5 pula yang "menemui" ribuan pengunjung di Dataran Putrajaya hari ini.

Ringkasan AI
  • Proton perkenalkan model EV baharu, e.MAS 5, kepada orang ramai di Dataran Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, sebelum pelancaran rasmi pada suku keempat tahun ini.
  • Penampilan ini menyokong agenda mobiliti hijau kerajaan dan mempamerkan ciri keselesaan serta praktikaliti e.MAS 5 sebagai kenderaan elektrik untuk rakyat Malaysia.
  • Acara perarakan turut menampilkan e.MAS 7, Proton Saga, motosikal Modenas dan model EV Modenas MEV 1 & MEV 2, disaksikan lebih 100,000 pengunjung bersama keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Ketua Pegawai Penjenamaan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) Salawati Mohd Yusoff berkata penampilan itu bagi memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) terbaharu berkenaan, sebelum dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini.
"Signifikan membawa e.MAS 5 ke Dataran Putrajaya adalah untuk menyokong hasrat kerajaan bagi menunjukkan mobiliti yang lebih hijau.
"Keduanya ialah kami hendak memperkenalkan EV ini kepada rakyat Malaysia bahawa kenderaan ini merupakan kereta yang selesa dan praktikal untuk mobiliti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Turut serta dalam perarakan aset kenderaan DRB Hicom ialah kereta elektrik pertama Proton, e.MAS 7 yang membuat penampilan buat kali kedua pada sambutan Hari Kebangsaan.
Perarakan itu didahului oleh Proton Saga dan motosikal Modenas Kriss Edisi Pertama, diikuti motosikal elektrik Modenas MEV 1 dan MEV 2.
Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan lancar.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat ke sambutan itu dengan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo berwarna biru dengan nombor pendaftaran WWW1.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan anggota Kabinet dan perwakilan asing turut hadir.
Acara tamat kira-kira 10 pagi dan orang ramai turut dipelawa meluangkan masa berkunjung ke program RiUH Merdeka, iaitu program sisipan sambutan Hari Kebangsaan 2025, yang berlangsung selama 30 jam bermula dari 12 tengah hari semalam hingga 6 petang ini di Tapak Monumen Alaf Baru.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Proton e MAS 5
#penampilan istimewa
#Dataran Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan