Bumi Kenyalang sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2020 dengan tema Malaysia Prihatin.
Jika tahun lalu Kuching menjadi tuan rumah, kini giliran Sibu menggalas tanggungjawab itu dalam suasana sambutan yang amat berbeza ketika dunia masih berdepan penularan pandemik COVID-19.
Sambutan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu itu akan diraikan dalam suasana normal baharu sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Walaupun dilangsungkan dengan sederhana, namun ia tetap padat dengan pengisian bermakna dalam mengenang sejarah pembentukan Malaysia secara rasminya pada 16 September 1963.
Untuk edisi tahun ini, jumlah tetamu dihadkan kepada 500 orang sahaja dan hanya tetamu yang diundang sahaja dibenarkan hadir sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Beberapa persembahan khas akan ditampilkan melibatkan slot pembukaan yang dimulakan dengan overture atau Regimented Dance Formation.
Persembahan ini membawa mesej perpaduan, kesatuan serta perasaan saling mencintai antara satu sama lain.
Seterusnya acara sambutan akan diteruskan dengan simbolik perasmian, persembahan tarian ekspresi Satu Jiwa, tayangan video khas 'Kita' yang memaparkan kisah lima sekawan yang hidup pada tiga zaman berbeza.
Selain itu acara bakal dimeriahkan dengan persembahan Pantun Bersahut yang bakal dipersembahkan oleh Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Stacy; persembahan Aspirasi Rakyat yang menyampaikan mesej aspirasi rakyat berbilang kaum di Malaysia dan Soul of Sarawak yang memaparkan kepelbagaian budaya di Sarawak yang menjadi tunjang kepada semangat jati diri masyarakat di sini.
Sambutan Hari Malaysia 2020 akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal serta barisan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan Sarawak.
Syafik Shukri Jalil
Wed Sep 16 2020

Sambutan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu itu akan diraikan dalam suasana normal baharu.

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Perdana Menteri dahului senarai penerima anugerah kebesaran Sarawak
Anugerah diberi sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Putrajaya perlu terus tumpu isu pembangunan di Sarawak - Taib
Kerajaan Persekutuan perlu beri perhatian khusus kepada pembangunan di Sarawak terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Taib Mahmud, Abang Johari tunai solat Aidilfitri di Masjid Negeri Petra Jaya
Solat sunat Aidilfitri dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadhilah Datu Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang menyampaikan khutbah bertajuk "Kembali Kepada Fitrah".

Abdul Taib Mahmud sambung khidmat sebagai TYT Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Isnin.

Kabinet Abang Johari selesai angkat sumpah
Tun Taib serta isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib bagaimanapun menghadiri istiadat angkat sumpah itu secara maya di kediaman mereka.

PRN Sarawak: Dr Hardy berdebar urus proses pengundian Tun Taib, Abang Jo
Dr Hadysham, 45, yang turut dikenali sebagai Dr Hardy sudah 20 tahun berpengalaman membantu proses pilihan raya, dengan peranan sebagai Penolong Pengurus Pilihan Raya sebelum ini.

PRN Sarawak: Tun Abdul Taib berbaju batik buang undi
Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu tiba di pusat mengundi tersebut sekitar 11.40 pagi, dengan ditemani isteri.

Selepas umum bubar DUN Sarawak, Abang Jo ke pekan Daro
Abang Johari memulakan program pertamanya selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan Masjid Muhsinin di pekan Daro.

Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberi penghormatan terakhir.

Ahmad Urai, Abdul Karim dan Pandelela antara penerima darjah kebesaran TYT Sarawak
Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Datuk.