SHAH ALAM: Para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pasrah dengan arahan penutupan perniagaan Bazar Ramadan yang bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini yang juga meliputi enam daerah lain di Selangor.
Tinjauan Bernama mendapati masih ramai pengunjung hadir dan beratur panjang untuk membeli juadah berbuka puasa di kompleks tersebut dengan kebanyakan peniaga telah merancang untuk menjual barangan harga juadah makanan mereka dengan harga lelong kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu maghrib dan kemudiannya menyedekahkan baki jualan makanan.
Seorang peniaga Harziani Samani, 35, yang menjual nasi tomato ayam percik berkata harga biasa sebungkus adalah RM7 dan jika dilelong ia berharga RM5 sepeket dan tidak mengenakan bayaran bagi nasi tomato.
"Kami berasa sedih sebab tidak dapat meniaga sampai hujung Ramadan namun bersyukur kerana penjualan kami agak memberangsangkan berbanding peniaga yang lain yang setakat ini ada yang belum mendapat balik modal perniagaan mereka," katanya kepada Bernama.
Seorang peniaga ayam bakar perap, Harris Baharom, 45, beliau berkata dia pada mulanya tidak bersetuju dengan pelaksanaan semula PKP namun selepas melihat angka kes jangkitan harian COVID-19 yang semakin tinggi, bagi beliau adalah lebih baik mencegah daripada merawat.
"Ramai tidak ikut prosedur operasi standard (SOP), kadang-kadang beratur pun tidak ada jarak, maka lebih elok batalkan Bazar Ramadan," katanya.
"Lepas ini perancangan saya hanya akan duduk di rumah lepas Bazar Ramadan ditutup, Hari Raya pun tidak dapat ke mana-mana kerana PKP, tetapi tidak mengapa Hari Raya jika tidak begitu meriah selama satu atau dua tahun, sekurang-kurangnya tidak teruk seperti di India.. masih bersyukur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Orang ramai membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan di Bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam. - Foto BERNAMA
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.4765/4820 berbanding unit negara maju daripada 4.4715/4780 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.