awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau digilis: Pemandu treler belum dapat dikesan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/11/2024
06:10 MYT
Harimau digilis: Pemandu treler belum dapat dikesan
Beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan bangkai harimau belang yang sebahagian badannya hancur digilis lori di atas JRTB.
IPOH: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan seekor harimau belang mati digilis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, masih belum tampil membuat laporan.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, setakat ini pemandu tersebut juga belum dapat dikesan.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk menjejaki individu dipercayai mengambil bahagian badan harimau belang yang mati itu.
“Pihak polis akan memberi kerjasama untuk menjejaki suspek dan tapi setakat ini kita tak tahu suspek, sebab pemandu lori pun tidak membuat sebarang laporan polis.
“Laporan polis ini (kehilangan anggota badan harimau) setelah tular, pihak Perhilitan yang buat laporan dan kita membantu pihak Perhilitan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.
Siasatan lanjut kesan pencuri bahagian bangkai harimau mati digilis
Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan pihak berkuasa sedang mengesan individu yang dipercayai mencuri beberapa bahagian badan harimau belang yang mati digilis lori itu.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai kes berkenaan.
Beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan bangkai harimau belang yang sebahagian badannya hancur digilis lori di atas JRTB.
Topic Berkaitan
#Harimau belang
#pemandu treler
#JRTB Gerik-Jeli
#curi anggota badan harimau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan