GEORGE TOWN: Digelar 'pendatang baharu' dalam saingan Liga Super 2021 tidak menghalang Penang FC untuk menunjukkan taring memburu tempat kedua dalam liga untuk layak ke Piala AFC musim depan.
Dengan berkongsi kutipan 40 mata bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), skuad Harimau Kumbang akan bertemu Terengganu FC yang kini turut memburu tiket Piala AFC dalam saingan terakhir Liga Super 2021 yang akan berlangsung serentak Ahad ini.
Ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata saingan sengit kali ini membuatkan pasukannya kini 'lapar' untuk memburu tiket ke Piala AFC.
"Kita mahu melihat prestasi Penang FC sebagai sebuah pasukan dan kelab untuk bertanding dalam pertandingan di peringkat Asia secara keseluruhan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata ketika ini pasukan sedang menjalani persiapan prapertandingan standard seperti perlawanan-perlawanan sebelumnya namun tidak menolak kenyataan bahawa para pemain telah kehilangan banyak sesi latihan akibat penularan wabak COVID-19 yang kini mempengaruhi tahap stamina para pemain dan telah menyebabkan banyak kecederaan.
"Stamina pasukan sentiasa boleh diperbaiki tetapi kita perlu mempertimbangkan dalam sukan bola sepak, ada lebih banyak aspek lain yang perlu ditambah baik dan diberikan perhatian serius," katanya.
Beliau berkata pada awal musim liga, Penang FC telah disasarkan untuk mengakhiri liga di tempat keenam teratas namun berada di kedudukan ketiga setakat ini merupakan sebuah bonus kepada pasukannya.
"Saya cuba membawa mentaliti kemenangan sejak mula-mula mengambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan. Penang FC juga membawa masuk beberapa pemain baharu ke dalam pasukan untuk mendorong pasukan bekerja lebih keras sehingga berjaya ke garisan permulaan atau ke bangku simpanan," kata Trucha.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang bersetuju untuk melabur kepada pasukan ketika dunia sedang menghadapi COVID-19. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan sejak dari awal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata saingan sengit kali ini membuatkan pasukannya kini 'lapar' untuk memburu tiket ke Piala AFC.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Merzagua Pengarah Teknikal baharu Penang FC
Penang FC melantik Merzagua Abderrazak sebagai Pengarah Teknikal baharu bagi memantapkan persiapan pasukan itu musim ini.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Liga Super: KL City tewaskan Kelantan United 3-0
Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum.
Penang FC 'rehatkan' Yee Fatt, Manzoor Azwira
Pasukan Harimau Kumbang gagal melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023, pamer prestasi membimbangkan dalam saingan Liga Super 2023.
Prestasi hambar, Penang FC tamatkan khidmat Kamal, Eng Hua
Penang FC telah menamatkan khidmat Pengarah Teknikal Kelab, Kamal Kalid dan Pengurus Pasukan Liga Super Penang FC, Ong Eng Hua serta-merta.
Rusuhan penyokong Kedah-Penang FC: 20 lagi ditahan
Polis menahan 20 lagi individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan antara penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Kedah Selasa lalu.
Insiden kad merah, jaringan dibatalkan patahkan semangat Penang FC
Insiden kad merah dan jaringan yang dibatalkan menyebabkan pasukan Penang FC kehilangan momentum dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi.