awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2025
15:04 MYT
Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga
Tangkap layar video tular menunjukkan seekor harimau kumbang brrlari ke seberang jalan. - Gambar Sinar Harian
JELEBU: Seekor harimau kumbang dilihat menyerang seorang pemandu lori yang berhenti dekat Bukit Tangga di sini pada Khamis.
Insiden itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang tular di media sosial.
Menerusi video berdurasi 16 saat itu, harimau tersebut dilihat menerkam seorang lelaki dipercayai pemandu lori yang berhenti di situ.
Kemungkinan terkejut melihat ada kenderaan lain yang lalu di situ, haiwan berkenaan kemudiannya berlari ke seberang jalan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari mana haiwan itu muncul dan keadaan lelaki berkenaan.
Selepas kejadian terbabit, lelaki itu yang terjatuh akibat diterkam dilihat bangun.
Kehadiran haiwan tersebut di situ bukanlah pertama kali kerana dua tahun lalu, media pernah melaporkan bahawa haiwan itu ditemui mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat kejadian dan siasatan lanjut akan dilakukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#media sosial
#Perhilitan
#harimau kumbang
#MPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan