awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasanah buat laporan polis dakwaan hantar surat kepada CIA

Bernama
Bernama
27/07/2018
21:11 MYT
Hasanah buat laporan polis dakwaan hantar surat kepada CIA
Surat berkenaan, didakwa ditulis kira-kira seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mengucapkan tahniah atas pelantikan Haspel untuk menerajui CIA dan merayu Amerika supaya menyokong pentadbiran Najib. - REUTERS/Fail
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, akan membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau mengirim sepucuk surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam beliau, Datuk Shaharudin Ali pada Jumaat, Hasanah berkata beliau dinasihati oleh peguamnya untuk membuat laporan polis.
Hasanah berkata beliau juga akan mengadakan sidang akhbar untuk memperjelaskan keadaan sebenar.
Dalam surat yang didakwa itu bertarikh 4 Mei tahun ini dan dialamatkan kepada Pengarah CIA Gina Haspel, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai rakan kepada Amerika Syarikat.
Dalam surat itu juga, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula disifatkan sebagai "anti-Barat dan anti-Yahudi."
Surat berkenaan, didakwa ditulis kira-kira seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mengucapkan tahniah atas pelantikan Haspel untuk menerajui CIA dan merayu Amerika supaya menyokong pentadbiran Najib "sungguhpun jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya itu dengan majoriti mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi." -- Bernama
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#CIA
#Gina Haspel
#Hasanah Abdul Hamid
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Yahudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan