awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati terima barang percuma, khususnya makanan - PPIM

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2022
09:07 MYT
Hati-hati terima barang percuma, khususnya makanan - PPIM
Penganjur sebuah program derma darah baru-baru ini didakwa memberi cenderahati mi segera dipercayai berperisa daging babi sehingga menyebabkan PDRM membuka kertas siasatan. - Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan masyarakat Islam di negara ini agar berhati-hati apabila menerima barangan percuma, khususnya membabitkan barangan makanan.
Ini susulan penganjur sebuah program derma darah didakwa memberi cenderahati mi segera dipercayai berperisa daging babi, baru-baru ini.
"Orang kita memang suka barang percuma seperti ‘free gift’. Tapi jangan main ambil saja lebih-lebih lagi kalau barang makanan.
"Sebagai umat Islam perlulah berhati-hati. Lihat dulu jika ada logo halal ataupun tidak sebelum makan," kata PPIM dalam kemas kini di media sosial.
Portal Kosmo pada Selasa melaporkan penganjur memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu dan sedia bertanggungjawab.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap kes tersebut yang berlaku ketika program derma darah di salah sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#Persatuan Pengguna Islam Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#derma darah
#daging babi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan