awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hayati prinsip kelima Rukun Negara ketika berkomunikasi - Sultan Selangor

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/11/2022
05:34 MYT
Hayati prinsip kelima Rukun Negara ketika berkomunikasi - Sultan Selangor
Baginda juga mengingatkan graduan supaya tidak memberi komen keterlaluan dan mengeluarkan ayat-ayat berunsur fitnah, cacian serta hasad dengki. - Bernama
SERDANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar graduan terus menghayati prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan dengan selalu berhemah ketika berkomunikasi dalam media sosial.
Baginda turut menitahkan agar graduan tidak mengeluarkan komen keterlaluan dan mengeluarkan ayat berunsur fitnah, cacian dan hasad dengki di media sosial.
Titah Sultan Sharafuddin lagi, sekiranya perkara itu berlaku, ia boleh merosakkan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda.
“Graduan juga perlu menyanjung tinggi perlembagaan dan undang-undang negara agar bebas daripada salah laku yang boleh mencalarkan maruah keluarga, bangsa dan negara sekali gus menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berintegriti tinggi dalam memajukan negara yang dicintai,” titah Baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah ketika Baginda berkenan mencemar duli merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-46 Sidang 2 Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, baginda bertitah pendidikan berkualiti merupakan teras kepada kesempurnaan pembangunan negara.
“Dalam hal ini, peranan universiti, bukan sahaja untuk menyediakan belia atau graduan yang dapat memenuhi pasaran kerja, tetapi juga melengkapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan, untuk menjadi individu yang aktif, bertanggungjawab, beradab, beramanah, dan menjunjung tinggi tatacara kehidupan insaniah.
“Graduan seperti ini akan membawa rahmat dan kesejahteraan kepada insan yang lain dan alam persekitaran, serta akhirnya, menjamin masa depan yang lestari.
“Kejayaan yang diraih bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi keperibadian diri graduan,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menzahirkan tahniah kepada 6,092 graduan yang berjaya menamatkan pengajian di UPM dan diraikan dalam majlis berkenaan.
“Pada kesempatan ini juga, Beta ingin mengucapkan tahniah kepada universiti kerana menyambut ulang tahun UPM ke-50 sebagai sebuah universiti tahun lalu.
“Beta percaya dalam tempoh ini, banyak pencapaian dan kejayaan yang telah diperoleh universiti.
“Beta berharap UPM akan terus memacu kecemerlangan untuk 50 tahun akan datang dengan semangat solidariti yang tinggi dalam kalangan staf, pelajar dan tentunya alumni,” titah baginda.
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#graduan
#Rukun Negara
#komunikasi
#kesopanan dan kesusilaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan