awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hayati semangat Hari Malaysia dengan rasa cinta kepada negara, perteguh perpaduan kaum - PM

Bernama
Bernama
16/09/2023
06:13 MYT
Hayati semangat Hari Malaysia dengan rasa cinta kepada negara, perteguh perpaduan kaum - PM
"Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa! Segulai sejalai," menurut catatan itu. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat untuk menghayati semangat Hari Malaysia tahun ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.
Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar yakin negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya seluruh rakyat berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman serta kasih sayang.
"Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa! Segulai sejalai," menurut catatan itu.
Hari Malaysia tahun ini disambut dengan tema sama Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", manakala frasa bahasa Iban di Sarawak "Segulai Sejalai" yang bermaksud seiring sejalan pula adalah cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan kali ini diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Malaysia Madani
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan