"Tak payah cerita pasal perkara lalu, kita kena lihat ke hadapan. Perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk tawan Kelantan lebih penting," ujar Che Johan Che Pa, apabila media bertugas ketika pengumuman calon BN Kelantan menyerbu beliau.
Mahu tidak mahu, ketika namanya diumumkan sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN Pengkalan Pasir (N.12), ada yang mengimbau bagaimana Che Johan jadi popular pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pada ketika itu, Che Johan terima watikah sebagai calon, untuk kerusi Parlimen Pasir Mas (P022) menentang penyandang, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket bebas, yang juga mentornya dalam arena politik.
Namun, beliau tidak bertanding apabila tidak menyerahkan borang pencalonan, pada hari penamaan.
Hari ini, sejarah itu kembali diperkata, dengan ada yang secara sinis berkata Che Johan buat 'comeback' tetapi diturunkan pangkat ke kerusi DUN.
BACA: BN Kelantan tidak tahu helah Che Johan
BACA: Apa akan jadi kepada Che Johan?
"Secara jujurnya saya berterima kasih, kerana tampuk kepimpinan masih memberi saya peluang, untuk mewakili kerusi ini, saya mahu membuktikan saya ada kemampuan untuk menang di kerusi ini," ujar beliau.
Ketika ditanya apa reaksi beliau apabila masih ada yang membangkitkan apa yang berlaku lima tahun lalu, beliau tersenyum dan meminta perkara itu tidak lagi disensasikan.
"Saya anggap apa yang berlaku sebagai asam garam saya dalam politik, saya anggap ia satu sejarah sahaja dalam perjalanan politik saya secara peribadi, dan perjalanan politik BN di negeri ini,"tegas beliau.
Bagi kerusi DUN Pengkalan Pasir, Che Johan berdepan tugas merampas kerusi ini dari PAS yang merupakan penyandang untuk dua penggal sebelum ini.
Pada PRU13, calon PAS, Hanifa Ahmad, menang dengan 13,398 undi mengalahkan calon BN, Tuan Anuwa Tuan Mat.
Hanifa Ahmad juga menang pada PRU12 di kerusi sama dengan undi 10,377 menewaskan calon BN Hanafi Mamat.
Kedua-dua PRU, majoriti yang dimenangi Hanifa adalah di bawah 300 undi.
Marlina Manaf
Mon Apr 23 2018
Bagi kerusi DUN Pengkalan Pasir, Che Johan berdepan tugas merampas kerusi ini dari PAS yang merupakan penyandang untuk dua penggal sebelum ini.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).