KUALA LUMPUR:Masyarakat diminta menghentikan tohmahan kononnya guru kurang bekerja apabila melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata sejak pelaksanaan PKP fasa awal lepas, warga pendidik sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti makan gaji buta sedangkan mereka sudah cuba melakukan yang terbaik.
Beliau berkata sepanjang PdPR dilaksanakan, ramai guru sanggup berkorban demi memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi pembelajaran, malah apabila kaedah itu dilaksanakan hampir kesemua kos berkaitan ditanggung oleh guru sendiri, terutamanya melibatkan utiliti.
"Ada guru berkorban gunakan wang sendiri untuk melanggan data Internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.
Semua murid sekolah rendah dan murid tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mulai 20 Jan.
Mengakui pembelajaran secara bersemuka lebih memberikan impak dan mencapai objektif jika dibandingkan dengan PdPR, Aminuddin berkata dalam keadaan sekarang, semua pihak harus menerima kenyataan bahawa PdPR adalah satu-satunya pilihan yang ada.
"Kami anggap segala permasalahan sebagai cabaran dan guru-guru akan melakukan yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan dan kesesuaian murid. Dalam hal ini, proses pengajaran dan pembelajaran guru adalah berasaskan keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada," katanya.
Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan, tegasnya.
Sebelum ini, KPM menyediakan manual PdPR meliputi pendekatan secara dalam talian, luar talian dan 'off-site', sama ada menggunakan modul pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek, selain sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran.
Pada 20 Dis lepas, Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahaya berkata sebanyak 2.699 juta sesi PdPR dilaksanakan membabitkan guru dan murid sekolah rendah dan menengah di bawah KPM di seluruh negara bagi tempoh 17 hingga 30 Nov tahun lepas.
Daripada jumlah itu, 64 peratus merupakan PdPR secara dalam talian, 17 peratus luar talian manakala 19 peratus gabungan kedua-dua kaedah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Terdapat guru berkorban gunakan wang sendiri untuk melanggan data Internet, malah ada yang buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik. - Gambar fail

Vaksin COVID-19 | Vaksin tidak diedar secara adil – PAHO
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa bekalan vaksin COVID-19 yang kini terhad tidak dieadarkan dengan adil. Pengarahnya, Dr Carissa Etienne dalam taklimat mingguan menjelaskan, sekiranya pandemik ini tidak ditangani dengan segara, varian baharu juga akan muncul dengan cepat.

Pelan Rangsangan | UK umum pakej sokongan £65 bilion
Menteri Kewangan Britain umum pakej sokongan tambahan bernilai 65 bilion pound untuk menyokong kedudukan ekonomi susulan impak COVID-19. Menurut Rishi Sunak, pakej itu memperluaskan program sokongan pekerjaan dan pemotongan cukai sementara bagi membantu pekerja dan perniagaan.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 115 juta
Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 115 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.55 juta kes.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.55 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 518,265 kes.

Runtuhan SUKE | Pemandu treler positif dadah, direman hari ini
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh, di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) didapati positif dadah. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (Adb) 1952.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [04 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [04 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893601/24668255081614817935868_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [04 Mac 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman.

AWANI Ringkas: Israel disiasat atas jenayah perang

Badminton | Iskandar berkelana ke Hungary
Ketika pemain badminton negara termasuk daripada kem profesional sibuk di Terbuka Swiss. Lain pula ceritanya buat Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang dipancing oleh Kelab Szeged di Hungary untuk beraksi dalam liga tempatan di sana.

Dadah | Pasangan bertunang dicekup terlibat dadah
Seorang pemuda bersama tunangnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kodien. Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh 22 tahun berdepan dengan tujuh pertuduhan manakala pasangannya Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21 tahun berdepan dengan dua pertuduhan.

Protes Myanmar | Korban pertempuran dengan Junta kini 38 orang
Korban pertempuran antara penunjuk perasaan di Myanmar dengan Junta tentera terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 38 orang. Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB sifatkan ia sebagai hari paling menyedihkan, sejak rampasan kuasa berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.

KPM perlu pertimbang untuk selaraskan jadual peperiksaan utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.

Sesi Persekolahan: Transformers datang sekolah? Inisiatif guru beri keceriaan buat murid
Sesi Persekolahan bagi tahun 2021 bermula hari ini bagi murid pra-sekolah, tahun satu dan dua di seluruh negara.

Sesi persekolahan bersemuka bagi murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 hari ini
Kementerian Pendidikan membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 Mac ini.

AS mulakan program vaksin kepada kanak-kanak pada akhir tahun
Amerika Syarikat akan memulakan program pemvaksinan COVID-19 kepada kanak-kanak pada musim luruh sehingga awal tahun depan.

'Tahniah PM, bukti vaksin dijamin selamat dan tiada agenda Illuminati' - Ketua Pemuda Pas
Pas berdiri teguh bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima vaksin COVID-19 yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan.

Surat masuk asrama mungkin boleh jadi kebenaran khas rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membincangkan perkara itu bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan polis dalam masa terdekat.

Negara perlu reformasi pendidikan - Anwar
Negara memerlukan reformasi pendidikan yang akan menghalang masalah besar terutama kepada generasi miskin sama ada di bandar, desa atau pedalaman.

Maahad tahfiz di Perak dibenar beroperasi 1 Mac
Keputusan dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.

KPM mohon guru berisiko tinggi dipertimbang diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 - Muslimin
KPM sedang berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi agar guru dipertimbang sebagai penerima vaksin fasa pertama.