awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan Keganasan Terhadap Wanita!

Astro Publication
Astro Publication
04/12/2014
01:47 MYT
Hentikan Keganasan Terhadap Wanita!
Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bermula pada 25 November 2014 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa menyayangi, menghormati dan menghargai wanita. vaw2.jpg Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, kempen yang merupakan program tahunan Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita ini bertujuan mewujudkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu ini dan peranan semua pihak dalam menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita di samping meningkatkan kesedaran kepada golongan muda mengenai keperluan untuk sama-sama dalam menangani isu keganasan terhadap kaum wanita.
“Kempen ini dijalankan di peringkat 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan kempen secara walk-about pula diadakan di peringkat negeri seluruh negara. Saya menyeru agar kaum lelaki dapat menguar-uarkan perkara ini dan turut berganding sama untuk mencegah dan menangani isu ini demi seorang wanita yang dicintai,” ujarnya pada majlis pelancaran Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor pada 2 Oktober lalu. vaw1.jpg Turut memeriahkan majlis, Isteri Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Johor (JUITA), Datin Seri Rosni Omar; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Asiah Md Ariff dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
##
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan