awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
08/12/2018
12:09 MYT
Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM
MUHYIIDDIN mengulangi pendirian kerajaan untuk sentiasa menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berpuas hati dengan pendekatan yang diambil Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memudahcara perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, pada Sabtu mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, Muhyiddin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada PDRM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.
“Perhimpunan kesyukuran di atas keputusan kerajaan membatalkan ratifikasi ICERD berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.
“Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perhimpunan ini berlangsung.
“Saya berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh pihak polis dalam memudahcara perhimpunan ini mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengulangi pendirian kerajaan yang sentiasa menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman selagi mana hak-hak ini diamalkan menurut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan para peserta perhimpunan kerana telah berhimpun secara aman dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang perhimpunan diadakan.
“Selaras dengan semangat Malaysia Baharu, saya ingin mengulangi pendirian kerajaan untuk sentiasa menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman selagimana hak-hak ini diamalkan menurut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” tambah beliau lagi.
Topic Berkaitan
#bantam ICERD
#Daulat 812
#Himpunan 812
#himpunan ICERD
#ICERD
#PDRM
#perhimpunan
#polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan